Program Kerjasama NADI X KOMUNITI MADANI (Pertandingan NADI E-SUKAN MOBILE LEGEND BANGBANG)

2 Mac 2025 | Aktiviti Terkini

ALHAMDULILLAH, selesai sudah Pertandingan NADI E-SUKAN Mobile Legend Bang Bang kerjasama bersama Ahli Komuniti Madani Changkat Jering. Jutaan terima kasih kepada Puan Fazzlina binti Ghaffarudin iaitu Ahli Komuniti Madani Changkat Jering kerana turut sama-sama menjayakan Pertandingan NADI E-SUKAN Musim Kedua ini.

Pertandingan Saringan peringkat NADI ini terdiri daripada 4 pasukan. Setiap pasukan terdiri daripada 6 pemain. Pertandingan ini bertujuan untuk memilih 1 kumpulan bagi mewakili NADI Pekan Changkat Jering ke peringkat negeri.

Pihak NADI Pekan Changkat Jering turut menyediakan hadiah galakkan kepada para peserta berupa hamper, medal, dan sijil penyertaan. Sesi penyampaian hadiah dan sijil disampaikan oleh Puan Fazzlina binti Ghaffarudin selaku Ahli Komuniti Madani Changkat Jering dan pengerusi JPKK Changkat Jering, Encik Hazmeer. Terima kepada beliau berdua kerana sudi memenuhi jemputan NADI Pekan Changkat Jering.

Sejuta kali tahniah diucapkan kepada para peserta dan pemenang. Semoga Program NADI E-SUKAN ini memberikan kesedaran, pendedahan, manfaat dan kebaikan kepada anak muda tentang bidang e-sukan di Malaysia.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali